Selasa, 1 Mac 2011

Makan-makan 47


Rezeki telah bertukar bila anak-anak yang telah membesar ini pula yang sponser makan-makan sempena 47 pada 26/02/2011.

Terima Kasin semuanya Putra dan puteri-Puteri ku semoga Allah memberikan limpah rezeki yang berlipat ganda hendaknya.Amin

Ahad, 20 Februari 2011

Festival Layang-layang sedunia di Pasir Gudang


Bermula pada 16-20/02/2011 bertempat di Bukit layang-layang Festival layang-layang sedunia telah berlangsung.
Majlis kemuncak perasmian pada 19/02/2011 (Sabtu) akan disampurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Di Pertua Bagi negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta`zim
Persembahan kebudayaan juga diadakan sepanjang malam dari 16-20/02/2011 manakala Forum perdana sempena Maulidurasul diadakan pada hari Khamis malam Jumaat.

Isnin, 6 Disember 2010

Perkahwinan Putera Hj Supeni Bin Hj Yusof /Hjh Halimah Bt Hj Mukibat


Bertempat di No. 38 Rumah Murah 1 Taman Sri Pekan 81500 Pekan Nanas telah berlangsung majlis Perkahwinan Saiful Hazli (Atan) Dengan Hamidah Bt Zakaria.

Beliau yang merupakan Putera Bungsu kepada Hj Supeni Bin Hj Yusof dengan Hjh Halimah Bt Mukibat.

Bagi Pihak Keluarga mendoakan semoga perkahwinan mereka berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat.Amin

Sabtu, 20 November 2010

Putera Sulung Noi dan Cucu Pertama Hasmuni


Putera Sulung noi telah dilahirkan Pada 23/09/2010 (Khamis)@11:30 Malam di Hospital Pontian dan telah di beri nama Rayyan Zaquan

Selasa, 21 September 2010

Selamat Pengantin Baru Ekin & Nizam


Tanggal 18/09/2010 (Sabtu) Bersamaan dengan 09 Shawal 1413 bertempatdi Kg Parit Pasir Baru Pekan Nanas 81500 Pontian maka selamatlah mereka mengharungi Alam Rumah tangga dan sah sebagai ikatan Suami & Isteri.
Manakala pada 25/09/2010(sabtu) majlis bertandang pula diadakan di kulai
Bagi pihak keluarga mengucapkan selamat pengantin baru Kepada Ekin & Nizam semoga beroleh keberkatan dan berkekalan sehingga akhir hayat.Amin

Isnin, 13 September 2010

Suasana Hari Raya tahun 2010



Raya bersama sanak saudara di Kg Pt Hj Adnan, Kluang,Batu Pahat dan Melaka

Ahad, 25 Julai 2010

Selamat Pengantin Baru Kpt.Salmuazhari Bin Md Salleh Dengan Siti Murni Bt Sidek




Majlis persandingan Anak Lelaki Kepada Pasangan Md Salleh Bin Othman dan Maimunah binti Ahmad,Kpt.Salmuazahari (Hery) dengan Pasanganya Siti Murni telah berlangsung pada 24/07/2010 (Sabtu) bersamaan dengan 12 Syaaban 1431 Hijrah di Kg Bentong Dalam 86000 Kluang Johor.
Semoga Perkhawinan Mereka bahagia serta berkekalan hingga ke akhir Hayat. Amin