Isnin, 6 Disember 2010

Perkahwinan Putera Hj Supeni Bin Hj Yusof /Hjh Halimah Bt Hj Mukibat


Bertempat di No. 38 Rumah Murah 1 Taman Sri Pekan 81500 Pekan Nanas telah berlangsung majlis Perkahwinan Saiful Hazli (Atan) Dengan Hamidah Bt Zakaria.

Beliau yang merupakan Putera Bungsu kepada Hj Supeni Bin Hj Yusof dengan Hjh Halimah Bt Mukibat.

Bagi Pihak Keluarga mendoakan semoga perkahwinan mereka berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat.Amin

Sabtu, 20 November 2010

Putera Sulung Noi dan Cucu Pertama Hasmuni


Putera Sulung noi telah dilahirkan Pada 23/09/2010 (Khamis)@11:30 Malam di Hospital Pontian dan telah di beri nama Rayyan Zaquan

Selasa, 21 September 2010

Selamat Pengantin Baru Ekin & Nizam


Tanggal 18/09/2010 (Sabtu) Bersamaan dengan 09 Shawal 1413 bertempatdi Kg Parit Pasir Baru Pekan Nanas 81500 Pontian maka selamatlah mereka mengharungi Alam Rumah tangga dan sah sebagai ikatan Suami & Isteri.
Manakala pada 25/09/2010(sabtu) majlis bertandang pula diadakan di kulai
Bagi pihak keluarga mengucapkan selamat pengantin baru Kepada Ekin & Nizam semoga beroleh keberkatan dan berkekalan sehingga akhir hayat.Amin

Isnin, 13 September 2010

Suasana Hari Raya tahun 2010



Raya bersama sanak saudara di Kg Pt Hj Adnan, Kluang,Batu Pahat dan Melaka

Ahad, 25 Julai 2010

Selamat Pengantin Baru Kpt.Salmuazhari Bin Md Salleh Dengan Siti Murni Bt Sidek




Majlis persandingan Anak Lelaki Kepada Pasangan Md Salleh Bin Othman dan Maimunah binti Ahmad,Kpt.Salmuazahari (Hery) dengan Pasanganya Siti Murni telah berlangsung pada 24/07/2010 (Sabtu) bersamaan dengan 12 Syaaban 1431 Hijrah di Kg Bentong Dalam 86000 Kluang Johor.
Semoga Perkhawinan Mereka bahagia serta berkekalan hingga ke akhir Hayat. Amin

Rabu, 16 Jun 2010

Selamat Pengantin Baru Kepada Hashim Bin Hj Mukibat Dengan Rohana Bt Hashim



Majlis Pernikahan diantara Hashim Bin Hj Mukibat dengan Rohana bt Hashim telah dilangsungkan pada 05/06/2010 bertempat di Masjid Kg Pak Intan Parit Sikom manakala pada 06/06/2010 majlis Jamuan telah diadakan di sebelah pihak Perempuan semantara majlis bertandang telah diadakan pada hari Rabu bersamaan dengan 09/06/2010.

Rabu, 2 Jun 2010

Majlis Perkhawinan Ani


Khamis, 4 Mac 2010

Perginya Seorang Sahabat bernama Noraini























































Pada Hari Isnin 01/03/2010 Jam 08:00 Pagi Aku dikejutkan dengan pangilan talipon dari saudara Arifin yang menyatakan bahawa Puan Noraini telah mendapat kemalangan sewaktu balik kerumahnya bersama Setiausaha (KRT) jam 10:30 malam dengan menaiki motosikal.
Beliau bersama setiausahanya telah di langgar dengan sebuah kereta dari arah bertentangan yang pemandunya dalam keadaan mabuk.
Beliau telah di masukan ke Unit ICU Hospital Melaka kerana mengalami Patah kedua belah tangan kanan dan kiri, tulang rusuk serta kaki kiri dan pendarah dibahagian kepala.
Pembedahan telah dilakukan di bahagian perut, rusuk serta dibahagian kepala bagi megeluarkan darah beku bagi menyelamatkan beliau namun takdir telah menentukan kita semua bahawa Allah S.W.T lebih menyangi beliau dari kita semua.
Beliau telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 05:30 Petang pada 02/03/2010 (selasa) dihadapan ahli keluarga ,Suami dan anak beliau.
Kemesraan, keriangan serta mengambil berat terhadap rakan taulan didalam apa jua kegiatan yang diceburi merupakan keperibadian beliau untuk dijadikan sebagai kenangan kepada rakan-rakan yang sempat mengenali beliau.
Semoga Allah Mencucuri Rahmat terhadap Roh Beliau dan diletakan bersama-sama orang yang soliha. Al-Fatihah