Khamis, 4 Mac 2010

Perginya Seorang Sahabat bernama Noraini























































Pada Hari Isnin 01/03/2010 Jam 08:00 Pagi Aku dikejutkan dengan pangilan talipon dari saudara Arifin yang menyatakan bahawa Puan Noraini telah mendapat kemalangan sewaktu balik kerumahnya bersama Setiausaha (KRT) jam 10:30 malam dengan menaiki motosikal.
Beliau bersama setiausahanya telah di langgar dengan sebuah kereta dari arah bertentangan yang pemandunya dalam keadaan mabuk.
Beliau telah di masukan ke Unit ICU Hospital Melaka kerana mengalami Patah kedua belah tangan kanan dan kiri, tulang rusuk serta kaki kiri dan pendarah dibahagian kepala.
Pembedahan telah dilakukan di bahagian perut, rusuk serta dibahagian kepala bagi megeluarkan darah beku bagi menyelamatkan beliau namun takdir telah menentukan kita semua bahawa Allah S.W.T lebih menyangi beliau dari kita semua.
Beliau telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 05:30 Petang pada 02/03/2010 (selasa) dihadapan ahli keluarga ,Suami dan anak beliau.
Kemesraan, keriangan serta mengambil berat terhadap rakan taulan didalam apa jua kegiatan yang diceburi merupakan keperibadian beliau untuk dijadikan sebagai kenangan kepada rakan-rakan yang sempat mengenali beliau.
Semoga Allah Mencucuri Rahmat terhadap Roh Beliau dan diletakan bersama-sama orang yang soliha. Al-Fatihah